Friday, April 13, 2007

sedikit pengalaman....

ana mempunyai agak ramai kenalan dari luar negara.salah satunya ialah dari filipina.sahabat ana ini mengaku dirinya separuh Islam dan separuh kristian.wallahualam...walaupun hairan,ana masih berhubung dengannya sehingga kini.dari pemerhatian ana, dia percaya akan Allah..malah beberapa sahabat yang lain turut memandang Islam dari sudut positif.apa yang ana hendak sampaikan di sini..kita yang memang majoritinya beragama Islam,semoga pandai-pandailah menghargainya.selalulah berfikir-fikir tentang masa depan diri kita.di mana kita akan berpijak?adakah perjalanan hidup sentiasa lancar?

"semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..."

salam perkenalan kepada semua

sebenarnya ana tergerak untuk berkongsi pandangan bersama saudara-saudara di luar sana....sebagai pelajar,tidak dapat dinafikan bahawa cabaran untuk menangkis tempias globalisasi sangat hebat..malah lebih hebat daripada cubaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan....ana sendiri tidak menafikan diri ini kadang-kadang berasa gementar memikirkan hala tuju masyarakat termasuklah diri ana sendiri.isu murtad,masalah sosial...semuanya harus kita hadapi hari ini.
'ana sebenarnya sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dalam pelajaran dan sebagainya...ana mempunyai blog favourite iaitu saifulislam.com...
ini mungkin sekadar sekelumit perkongsian...semoga kita semua dapat memajukan diri,bangsa,agama,dan negara.

Tahap iman terbahagi tiga.Iman malaikat sentiasa statik,iman manusia sentiasa pasang surut,iman Rasulullah sentiasa bertambah.

ASSALAMUALAIKUM....
Ana berharap ruangan ini dapat dijadikan medan pertukaran ilmu..InsyaAllah.
Seperti ana nyatakan sebelum ini, iman kita sebagai manusia sentiasa pasang dan surut. Oleh itu, semoga nukilan kita semua di ruangan NAFAS ISLAM dapat menyuntik sedikit sebanyak dan mengembalikan semula tumpuan kita sebagai hamba Allah SWT.
Tidak ketinggalan, marilah kita bersama-sama memartabatkan kembali kegemilangan bidang keilmuan Islam...Sesungguhnya semoga perjuangan kita semua diberkati Allah..